Saturday, November 18, 2017

rasa ini;

rasa ini--

hari ini aku menaip lagi
berbekal kekuatan yang tersisa semalam
walau pedih masih menyengat dalam
berpura-pura aku membius rasa
cuba memadam sakit yang ada.


hari ini dalam tulisanku
akan kuluah sepenuh jiwa yang ada
pada suatu rasa yang pernah wujud
indah dan manis terasa
pedih dan pahit akhirnya.


mungkin pada saat dan ketika ini
kau masih juga insan yang sama
punya hati dan rasa yang sama
tetap juga bayang yang sama di sana
cuma bezanya hanya padaku
pada rasa yang hadir kerna hadirmu
pada cinta yang aku simpan untukmu
pada segala kenangan yang rupanya hanya aku yang merasa.


tidak sedikit kau cuba mengerti
tidak sedikit aku melihat reaksi hadirku di hadapanmu
tiada jawapan pasti mahupun sipi yang kau berikan
hanya aku dan sepiku berlalu tanpa kau tahu
sebenarnya hatiku ada untukmu.


mungkin tulisanku masih juga luahan kosong buatmu
tidak membawa erti walau secebis cuma
tapi ketahuilah pernah ada sebaris namamu yang aku simpan dalam doa
walau hanya dalam anganku sahaja.


hari ini aku menaip lagi
dan aku akan tetap menaip pada masa depan yang masih kelabu buat diri
cuma pastinya
ini kisah terakhir yang aku nukilkan khas buatmu
seorang sahabat yang Allah beri
dan akan kekal bersahabat sehingga ke Syurga Ilahi.


terima kasih pada sebuah kenangan-- bayang-bayang yang sentiasa kucari hadirmu dulu
silap aku menyimpan rasa kepadamu.

14112017/1731
lrt bangsar

Tuesday, October 24, 2017

oak-tober, bulan chenta mereka.

Bismillah.

Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal (Praise be to Allah in every circumstance).

last entry-- april. nambulans telah berlalu, kosong seja laman ini. hanya mampu membaca cebisan kenangan yang termuntah di sini, pada waktu terluang...kalau dikira-kira hampir setiap hujung minggu melawat, merenung, berangan untuk segala hal terindah yang telah dilalui.

&& kalau cek drafs, boleh tahan juga ada beberapa luahan yang belum sempat dinoktahkan. entah kenapa hari ini jari terlebih rajin pula bermain dengan papan kekunci.

i have lots to say, but you are so far away.

(izinkan aku-- ber-aku-kau)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
indahnya Allah aturkan segalanya. banyak sangat hal membahagiakan (tidak kurang yang bikin panasss) berlaku untuk hampir... 297/365 (68 hari berbaki untuk tahun 2017). so gais, macam biasalah kan... kita ambil yang murni-murni seja laa. yang pahit, yang hempedu, yang basi, yang duri, yang hampeh... throw, throw it away bebeh. 'cause you don't need to keep those things yang hanya akan full your memory, aites?

Mei-- selesai semester 2 tahun 3.
Julai-- bermula semester 1 tahun 4.
Julai - September-- praktikum fasa dua, akhir beb.
Ogos-- New Beginning of OrdinAyu's lovesstory. 'til Jannah sista & brotha!
Oak-tober-- sipma7pahang, sweetescape, dinner ib, pembubaran KRI, ib'sevent, minor surgery
Novemba-- waiting for another apt. hiks (15nov, please be fast! my home's calling bah sudah aduii)

pertama dan selamanya, izinkan sedikit ruang dan waktu ini untuk kau wahai diriku--
bersyukur dengan segala nikmat yang Tuhan berikan. tercampak di bumi tarbiyah ini bukan saja saja. melangkahlah mencari hikmah-Nya. kau kena sedar, di saat kau rasa diri kau paling ndak ngam dengan orang lain, sampai rasa mau putus asa dengan diri sendiri... sedarlah... ada sahabat kau yang tetap teguh setia berada di sisi. o Allah, please Blessed them all.

banyak lagi bah mau diluah ini. tapi nanti sejalah.

pada saat dan ketika ini, aku mulai sedar sesedar sedarnya. rasa cinta, tidak boleh dipaksa. bertepuk sebelah tangan adalah istilah yang paling selalu diguna dan paling betul ayatnya. no matter how long you have been keeping your feeling (secretly) to someone else, if they're not mean for you... it's not. apa lagi mau dipaksa kan? paksa apaitu? paksa untuk stay in that old broken frame, is just waste of time. terbanglah hati, carilah hati yang juga sedang mencarimu. moga kau temukan chenta yang membuatkan kau lebih menchentai Tuhanmu.

detik akhir bergelar semester 7, tahun akhir ini... bermacam perasaan sebenarnya. tambahan pula baki nambulans lagi yang pastinya tidak akan terasa kerana banyak benda harus disetelkan serentak. apapun, moga Allah permudahkan segala gerak langkah, perancangan dan impian kita semua.

gais, kita hampir ke situ. ayuh selesaikan semua ini bersama-sama.

semoga 45 jiwa ini dapat "lulus pengajian, tamat." di akhir nanti.

ampun maaf silap salah. tidak sabar untuk ucap-- gais, akhirnya selesai lima tahun di sini.

insya-Allah, moga Allah izinkan segala cita-cita ini. sayonara for now. selamat mengulangkaji, selamat di medan tempur peperiksaan, selamat bercuti buat semua!

doakan adik bongsuku berjaya dengan cemerlang menjawab segala kertas dan stay cool hingga ke akhir dalam ess pee aim 2017. BEST OF LUCK TO ALL OF YAH, FOLKS!!

well, enjoy learning.

Saturday, April 1, 2017

bulan keempat

Bismillah.

pertama dan selamanya, Alhamdulillah. hanya kepada Allah kuserahkan segala urusan hidup ini.

ya. ini post pertama bagi tahun duaributujuhblas. ke mana gua untuk tiga bulan ini?!
hmm... sebenarnya sudah beribu kali jari sudah mula menaip di atas papan kekunci ini, tinggal sahaja butang 'publish' ditekan. tapi menjadi gua, inilah yang terjadi. insya-Allah muntah kuning ini akan gua habiskan dan 'publish'kan juga akhirnya.

bulan pertama--
balik ke kampus, yang sejujurnya gua tidak bersedia untuk SEMESTER BAHARU! titik mula homesick gua. pedih itu, gua simpan sendiri.

bulan kedua--
bulan yang agak... mencabar sebenarnya. dengan pelbagai isu baru & lama, peraturan yang tiba-tiba, dan bermacam kerenah manusia. tapi bersama manusia positif di sekeliling gua, gua bahagia seja, hiks

bulan ketiga--
bulan yang agak penat zahir batin. huhuhu. bulan zombie, bulan pembuka untuk segala PENGHANTARAN mak nenek bapak datok esaimens, camping ub, perhimpunan bulanan, itu ini... paling banyak meeting waktu malam. bulan ini barulah terlangsai sedikit homesick ciptaan gua selama seploh hari meraih chenta di Sabah bersama kakak tersayang. hihihiks (tunggu next entry untuk cerita menarik ni. Love's reports III). kembali ke kampus tu jangan habaq la woi, ada satu hari tu gua rindu gilos dengan mak abah T_T hanya mampu nangis tepi dinding sorang-sorang. ish dasar anak manja. minggu akhir bulan ini adalah minggu yang agak emosi buat gua. cakap pasal famili ja, saat tu juga bergenang air mata. can't help myself T_T. buat masa ini, untuk segala homesick gua yang tidak pernah padam... gua hanya mampu menonjolkan betapa positifnya hidup ini dan dalam masa... hati, jiwa dan raga gua yang tidak terlihat... amatlah menyeksa. uhuks. endapalah. kejap ja lagi ni. ada sebulan lagi kan ^_^
tapi kerana gua memilih bahagia-- Alhamdulillah. habis pun bulan ketiga semalam dengan satu senyuman. kalau diikutkan kata hati yang memang endakuat ni, mau ja gua menyesali atas segala malasnya, tidak menentunya hidup gua, dan segalanya yang negatif tentang diri ini. tapi gua tersedar... siapa gua untuk terus berkeadaan begitu? ada satu ayat ni buat gua bangun dari jatuh yang disengajakan.

nothing is difficult if you seek it through your Lord,
and nothing is easy if you seek through yourself.

selamat datang bulan keempat. bulan pembuka yang insya-Allah kita muntahkan lebih banyak kaler kuning yang positif, ceria, sado, cantik, kuat, sabar, senyum etcs.

semoga terus kuat wahai hati-hati yang merindui rumah dan seisinya! :D

semoga Allah permudahkan untuk beberapa urusan dunia sebelum tammatnya semester 6 ini. hiks. kejap ja lagi. jom laluinya dengan tenang jiwa, yang terbaik, yang terpaling diingati kelak.

oh ya, hari ini masuk minggu kedua gua bebas jenayah. jenayah apa juga tu? apalagi kalau bukan 'stalk' orang yang sama. tapi disebabkan dua minggu lalu tidak sama sudah, jadi ayuhlah bebas jenayah untuk segala jenayah yang hanya melemahkan sebenarnya. moga sifar dengan segalanya hingga akhir nanti. ^_^ gua tidak mahu terikat dengan sesiapa. dan biar sesiapa tidak terikat dengan gua. kbai

bah itu seja baitu. hari ini-- 4 rejab 1438h bersamaan 1 april 2017
semoga bahagia, milik semua. insya-Allah ^_^

well, enjoy learning!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...