Sunday, October 26, 2014

Love’s reports I :

Bismillah.

Day 1 – 21st of October, 2014 (Tuesday)
Lapangan Terbang Antarabangsa KK Terminal 2.
Perkenalan pertama dengan rasminya kepada abah mak secara berdepan mengenai insan bernama yuu comels. (eceh kemain ayat). Alhamdulillah, respon positif dan turut diselit nasihat membina buat diri dan kalian di sana serta di mana jua. Sebelum itu, sebagai mukadimah aku telah menjadikan biskut sedap yang dibawa dari jauh sebagai subjek. Mmmdapp! (serius sedap)
Betapa aku cuba bertahan dengan soalan yang diajukan abah secara bertubi itu. Ini antara soalan yang aku masih ingat;
Macam mana kamu kenal? Macam mana mereka kenal? Siapa add siapa? Kenapa dia add? Sejak bila kamu berkawan? Siapa kawan siapa? Sampai lah ke ayat konklusi abah sewaktu itu – sentiasa berwaspada dengan laman sosial. Dupp! Aku sewaktu itu terasa macam... ya Allah. Banding my bro dengan aku yang aktif berhabbo ini, aku kira aku lagi dalam keadaan ‘bahaya’ kerana terdedah dengan keterbukaan laman sesiel. Ehe. But thanks to Allah, my sisters from Fratellanza is someone i could rely on to. And i also believe that, kay yuu is a lovable person. Insha’Allah


Day 2 – 22nd of October, 2014 (Wednesday)
Happy Deepavali’s Day!
Hari ini kitaorang cuci dewan. Ya, cuci lantai dan kerusi dengan sabun wangi. Telah menjadi tradisi keluarga ini apabila menggunakan Dewan Tenghilan untuk acara majlis besar setiap ruang yang akan digunakan pasti akan dicuci bersih. Sebabnya kita juga yang akan guna benda tersebut kan dan siapa mahu menghidangkan sesuatu yang tidak bersih kepada orang lain? Walaupun nampak bersih, bila kita sendiri bersihkan baru terasa keyakinan bersihnya benda benda itu ehe. Separuh hari kami hari ini dihabiskan di Dewan Tenghilan untuk acara sabtu (25 Oktober | 1 Muharram) nanti.
aku rasa aku insan yang kepenatan sebab bermain dengan anak buah, pastu bawa mereka makan (wajibla aku join sekali ehe), & tolong lap dan cuci bangku yang dicuci. Salute dengan somi kak sepupu, pak ngah, abah, didi, ad, wan & etc sebab mereka berjaya menghabiskan cucian dan susunan 400 buah bangku. Fuh!
Sampai ke rumah agak lewat juga la dengan segala bau bauan. Selesai mandi, tinggal mak abah kat ruang tamu. Jadi, hari ini peluang yang ada aku jadikan kad raya sebagai subjek. Btw, cantik gila kad raya tu, kreatif lagi. Dengan muka eksaited seorang reporter aku ajukan kad tersebut kepada mak. Rupanya kad tersebut sudah wujud sejak Eid Fitr yang lalu! (kenapaaa i baru tauuu). Aku bagitau la kad tersebut kawan kepada abang yang bagi.
“oh ini dari si Yuu Esahal. Esahal tu bapa dia? Macam ada abang dia kawan dengan abah di fb kalau tidak silap. Nama bapa dia Esahal juga.”
Oh ya, hari ini aku terfikir, ada baiknya abam burungman dan kay yuu sediakan skema jawapan macam mana sesi perkenalan kau orang. Sebabnya agak complicated juga la untuk fahamkan kepada orang yang jarang mendengar istilah blogger ini. Gulp. Yang aku ini? Hai kami berkenalan di Habbo. Kahkahkah *tekup muka dengan bantal*. Eh tak tak kami berkenalan dalam game. Hm LOL


Day 3 – 23rd of October, 2014 (Thursday)
Seharian yang langsung tidak produktif di rumah (aku, ad & adek). Jadi hari ini ceritanya, aku telah menjadikan gambar aku dan kay yuu sebagai subjek. Sambil membentangkan laporan aktiviti aku sepanjang di IB, aku sisipkan juga laporan chenta ini.
“mak, fatin ada bagitau kay yuu si nodin tu gumuks”
“haha apalah dia bilang?”
“kalau lelaki, gumuks itu comels. Kalau perempuan, pendek itu comels. Dia rendah dari fatin.”
“haha.”
Maka masuklah ke nasihat mak. (nasihat yang aku rasa sangat kena kepada diri sendiri juga);
“mak sudah bagitau dia tu untuk fikir habis dulu tentang pelajaran. Jangan bagi harapan dengan perempuan dulu sebab nanti dia (tuju kepada perempuan) kecewa. Kalau ada jodoh, adalah tu.”
Alhamdulillah. Thanks for the advice mak. So here i am. Aku tidak akan berhenti mendoakan yang terbaik untuk kalian. Semoga jodoh ada untuk abam burungman dan kay yuu, dan semoga kalian tidak putus asa dalam perjalanan hidup ini. I have done my part, not the best tho but i did what i said. Kita merancang, dan yang terbaik itu tetap daripada Allah SWT jua. Jadi aku sebagai reporter chenta ingin mengatakan –
Letak segala pengharapan dan minta la sungguh-sungguh daripada Pemilik segala chenta dan Pemegang hati kita. Kita buat part kita sebaiknya, insha’Allah ada balasan yang lebih baik lagi suatu hari nanti. Jangan lupa, untuk segala janji kata – akhiri dengan insha’Allah, may Allah wills it, dengan izin Allah SWT. Fatin minta maaf andai sepanjang perkenalan kita, segala mesej yang disend, & macammacam lagi telah memberi kesan negatif di hati kay yuu dan kau.


Hadir Chenta

Untuk hadir sebuah kisah chenta
Tanpa diundang ia hadir menyapa lembut di dada
Segala rasa terasa indah belaka
Kadang lupa mana ilusi mahupun nyata
Namun hari ini,
Perhalusi hadirnya chenta
Simpan dia dengan erat
Di dalam doa sentiasa.
Suatu hari,
Pasti akan tiba jua – insha’Allah


Day 4 – 24th of October, 2014 (Friday)
Happy New Year! 1436Hijrah fellas. It’s 1 Muharram 1436H.
Hari ini seharian kami sekeluarga meluangkan masa di luar rumah untuk mengurus segala hal dunia. Untuk kesempatan yang ada, aku menjadikan perancangan kay yuu untuk bercuti di Sabah sebagai subjek. Mungkin kerana cuaca yang agak panas dan bermacam plan yang mak sedang fikirkan (time ini dalam kereta dengan tingkap terbuka tanpa aircond), maka makluman aku bahawa tahun hadapan kemungkinan besar kay yuu dan ibunya akan bercuti ke Sabah tinggal sekadar makluman. Krik krik krik
Lewat petang tadi menerima panggilan abam bahawa si macho pecah tayar kanan, tapi alhamdulillah semua selamat & sudah setel. Hajat untuk menceritakan pengalamanku bersama kay yuu kepada abam terbatal dek kerana masa yang sangat la tidak mengizinkan. Moga-moga esok dan lusa ada kesempatan buatku untuk melaporkan pembentangan chenta ini. Haha! Siapa suruh jatuh chenta, see? Aku jatuh chenta dengan orang yang sama. >:)
Masya’Allah pantasnya masa berlalu... & sungguhla pedih di hati ini makin menjadi-jadi pula. Sabarlah. Sabarlah duhai hati yang sentiasa merindu. 12.47am – nites chenta!


Day 5 – 25th of October, 2014 (Saturday)
Alhamdulillah. Selesai majlis resepsi kak sepupu & somi. Tema : pink, popel, hijau~
Hari ini, aku hanya sempat memohon daripada kak sepupu; sepupu pompuan agar diluang masa mereka untuk mendoakan moga ada chenta dan terus mekar chenta antara abam burungman & kay yuu (pergh sejak bila aku jadi kaki report yang gigih ini). Rancangla, rancang baik-baik – jangan lupa serah pada DIA, Perancang terHEBAT di seluruh alam. Insha’Allah


Day 6 – 26th of October, 2014 (Sunday)
Bagaimana pantasnya enam hari aku di Sabah, begitu pantasnya segala ruang masa untuk aku melaporkan cerita chenta ini kepada mak abah. Aku tahu aku hanya secebis daripada cerita chenta ini, kerana aku juga ingin chenta bersemi mekar – secebis tugasku moga moga ada tanda buat semua. Insha’Allah
Saat perjalanan masuk untuk berlepas dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur;
“mak, teda mahu cakap apa apa dengan kay yuu?”
“teda”
“napa? Mak enda suka ka?”
“suka bah. Tapi mak mahu anggap diorang biasa-biasa dulu. Jangan bagi harapan”
~terbang meninggalkan chenta hati seketika~
Ringkas sahaja catatan cerita chenta ini. Maaf la aku tidak pandai bercerita. Ini pun selepas enter delete backspace baru terhasil satu cerita lengkap selama enam hari di Sabah. Ya, aku pulang dengan harapan, dan kembali ke kolumpo dengan harapan mak abah sentiasa. Moga aku terus celik dan tidak tinggi diri walau di mana tanah Tuhan ini aku pijak. Aku bukan doktor chenta. Malah jauh sangat untuk mendefinisikan chenta. Tapi aku tahu betapa ‘harapan’ itu sangat indah. Kita akan pegang umpama sebuah janji. Janji kan wajib ditunaikan? Moga-moga harapan yang diberi, sanggup juga la dilaksanakan. Cepat atau lambat, itu bukan urusan kita – sediakan diri sebaik mungkin kerana Allah akan bagi jalan bagi mereka yang sudah bersedia. Ya, bersedia itu bukan melalui rasa rasa, tapi melalui apa yang kita sedang hadapi sekarang.
“bila nikah?”
“insha’Allah, tahun depan (:” (tahun bila, entahla ehe)
Sekian,
Mohon maaf andai ada bahasa yang tidak difahami, info tersalah sampai & taip, jalan cerita yang berselirat & etc.
Terima kasih kerana sudi menjadi watak dalam cerita chenta nfnfhai.
Buat kau,
Semoga cerita ini menjadi jawapan untuk banyak persoalan, makluman untuk banyak masa diam, & panduan untuk kau jua. Jangan putus harapan untuk jalan chenta ini.


p/s: day 5 & day 6 telah ditulis di KLIA2 (fuhh)

Well, enjoy learning!

No comments:

Post a Comment

Young H e a r t♥; thanks for comment. xxoo