Tuesday, October 14, 2014

details

Bismillah.

details -- perincian.

ya, aku mengaku bab fesyen aku manusia yang paling serabut terutama baju yang melibatkan warna sebab aku kurang gemar match-matching dari atas bawah ni. tutup aurat, penuhi syarat. insha'Allah aku selesa. jadi bukan bab fesyen yang ingin aku kaitkan dengan details.

lebih kepada -- anda yang kurang prihatin (sambil pandang cermin muka)
entah la. sampai sekarang serius cakap aku masih terasa hati. sangat. dalam. pendam.
aku tidak benci 'anda' yang kurang prihatin, tapi sangat benci dan masih marah sehingga kini dengan 'sikap' kurang prihatin tersebut. grr
semuanya bermula apabila 'anda' telah menaip/ menulis nama aku sesuka hati sepertinya main teka-teka sahaja 'anda' buat begitu. mungkin, kalau anda sudi bertanya terus dengan aku sebab sebelum itu anda memang ada menghubungi aku -- aku tidak terkesan sakit begini sekali.
ada sebab aku pentingkan details. terutamanya bab nama orang ini. umpamanya, kalau silap menulis alamat, maka sampai la ke alamat orang lain. ceh (dengan izin Allah jua)

&
kalau pun anda anda marahkan aku yang tidak turut serta bersama anda pada waktu itu, setidaknya -- bagitau la bah ):

setahun setengah bersama -- aku percaya anda belum tahu ejaan nama aku yang sebenar.
aku tidak akan kisah kalau anda taip/ tulis nama aku macamtu jika kertas tu nanti anda akan keroyok dan buang ke dalam tong sampah... tidak keshas langsung beb

nampak semacam perkara remeh kan?
cuba bayangkan -- kau sepatutnya menjadi johan tetapi disebabkan kawan kau terbubuh 'meor' di hadapan nama kau padahal nama kau khalis sahaja dan apabila emmsii mengumumkan nama si johan -- kau tidak layak. sebab nama kau dieja salah. padahal kau sahaja nama seperti itu. ahh

quite complicated, but hey -- sebabtu namanya 'details' !

*lap air mata.
"berapa kali kau berlaku tidak adil dengan orang lain sedangkan kau mahu sangat orang adil dan saksama -- SENTIASA ke atas diri kau..." padahal kau perlu rasa 'prihatin' itu sahaja untuk benda-benda 'details' seperti ini --> Nur Fatin Nazeha binti Khairuddin

well, enjoy learning!

No comments:

Post a Comment

Young H e a r t♥; thanks for comment. xxoo